Kebakaran SMK Tinggi Setapak: KPM jamin salur bantuan segera – Fadhlina

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberi bantuan segera kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak susulan insiden kebakaran yang berlaku semalam.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tumpuan utama ketika ini adalah memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah tersebut.

Katanya, bantuan segera akan disalurkan untuk memastikan kesejahteraan semua yang terlibat terpelihara.

“Saya telah mendapat perkhabaran mengenai musibah kebakaran di SMK Tinggi Setapak. Tumpuan pada waktu ini adalah untuk memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

“Bantuan segera akan disalurkan untuk memastikan kesejahteraan semua yang terlibat terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, sebuah blok asrama SMK Tinggi Setapak yang menempatkan kira-kira 91 pelajar lelaki, terbakar dalam kejadian malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu semua pelajar dilaporkan selamat berikutan berada di surau sekolah menunggu waktu Isyak.

Komander Operasi Bomba TPgB II Japari Tajuddin berkata, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.43 malam sebelum 40 anggota bersama lapan jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan tingkat satu bangunan asrama lelaki sekolah itu dan berjaya dikawal pada 9.40 malam. Ia mengakibatkan kemusnahan sebanyak 80 peratus bahagian asrama berkenaan.

“Bagaimanapun, semua mangsa dilaporkan selamat. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This