PM mahu Projek Rumah Belia MADANI, Rumah Mampu Milik Mukim Batu siap ikut jadual

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Projek Pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik yang bakal dibangunkan di Mukim Batu, Kuala Lumpur disiapkan mengikut jadual bagi memastikan pemilik tidak perlu menunggu terlalu lama.

Anwar berkata sebarang peraturan dan kelulusan berkaitan pembangunan projek itu perlu diselesaikan dengan segera, dan beliau telah meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif untuk melaporkan perkembangan projek berkenaan terus kepadanya.

“Saya nak tegaskan, hari ini kita berada di majlis pecah tanah, dan saya mahu projek ini dilaksanakan tanpa berlengah. Saya tidak bersetuju dengan majlis pelancaran rumah sekadar untuk tepukan, kemudian senyap begitu sahaja selama tiga bulan.

“Saya sangat memberi perhatian kepada aspek pelaksanaan. Kalau boleh, semua kelulusan disiapkan dalam dua minggu, tidak perlu tunggu dua bulan.

“Jangan biarkan ia terbantut disebabkan karenah birokrasi yang tidak menentu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa; Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.

Sebanyak dua blok Rumah Belia MADANI dengan kapasiti 1,048 unit akan dibangunkan, merangkumi pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, surau, dobi dan gerai MADANI seluas 6,000 kaki persegi.

Sementara itu, pembangunan Rumah Mampu Milik melibatkan tiga blok dengan keseluruhan 1,996 unit, setiap unit berkeluasan 820 kaki persegi.

Baca artikel lain: KBS anjur perbincangan meja bulat bersama pemimpin belia pelbagai agama

Selain itu, sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan unit rumah dalam projek ini diperuntukkan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Perdana Menteri menegaskan bahawa Kerajaan MADANI komited memastikan sasaran pembinaan 500,000 unit rumah mampu milik dapat dicapai pada tahun ini.

“Dahulu pernah diumumkan sasaran 400,000 hingga 500,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 20 tahun lalu, namun tidak pernah tercapai kerana ia memerlukan kepimpinan yang mempunyai tekad politik yang jelas.

“Bangunkan rumah orang kaya, kadang-kadang komisen lebih tinggi; bangunkan rumah kos rendah, komisennya kecil. Jadi, nak pilih yang mana? Komisen atau kebajikan rakyat? Saya tegaskan, kerajaan ini mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan memastikan pembelaan sewajarnya,” katanya.

Menyentuh soal pembangunan bandar, Anwar menekankan bahawa ia bukan sekadar diukur melalui mercu tanda yang tinggi atau projek mega, sebaliknya mestilah memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Anwar berkata dalam membangunkan negara MADANI, aspek yang paling utama perlu diberi perhatian adalah pembangunan insan dan kebajikan rakyat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This