Keadaan Suhaizan stabil, hentikan segala persepsi – Amanah Johor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEADAAN Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat yang dilaporkan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Johor Bahru ketika ini adalah stabil.

Sehubungan itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan berharap segala persepsi negatif yang timbul berhubung keadaan Suhaizan itu dapat dihentikan.

Pada masa sama, kata beliau, Amanah Johor akan memberi situasi terkini berhubung keadaan Suhaizan kepada umum.

“Amanah Johor ingin menyatakan bahawa maklumat dan sumber yang diperolehi berkenaan dengan keadaan Suhaizan telah menimbulkan panik dan pelbagai tanggapan sehingga pelbagai teori serta persepsi yang timbul.

“Amanah Johor berharap agar tidak ada pihak yang mendahului maklumat dengan menyebarkan kenyataan yang tidak sah serta menambah tegang terhadap situasi serta kesihatan Naib Pengerusi Amanah Johor itu.

“Kami juga mengharapkan rakyat Malaysia mendoakan kesihatan Suhaizan. Syafakallah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berkongsi sekeping gambar ketika melawat bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu di hospital.

Baca artikel lain: Ahli Parlimen Pulai dimasukkan ke ICU kerana paras oksigen menurun

Terdahulu, media melaporkan Suhaizan telah dimasukkan ke ICU sebuah hospital swasta di Johor Bahru, malam tadi selepas paras oksigen dalam badannya menurun akibat jangkitan kuman.

Aminolhuda dipetik media sebagai berkata, Suhaizan dimasukkan ke hospital sejak Isnin lalu akibat jangkitan pada usus dan paras darah putih yang tinggi.

Pada 9 September 2023, Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor menang di kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 18,641 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.

Suhaizan meraih 48,283 undi menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 29,642 undi, manakala calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi, hanya meraih 528 undi.

Beliau menggantikan Datuk Seri Salahuddin Ayub, 61, penyandang kerusi Parlimen Pulai yang juga Timbalan Presiden Amanah, yang meninggal dunia pada 23 Julai 2023.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 disiarkan RTM, UnifiTV

KESEMUA 104 perlawanan Piala Dunia 2026 boleh ditonton di UnifiTV dan saluran-saluran utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di platform...

More Articles Like This