Pindaan Akta Perhimpunan Aman dijangka dibentang selewatnya Oktober – Fahmi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PINDAAN kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dijangka dapat dibentangkan selewat-lewatnya dalam sesi Sidang Dewan Rakyat pada bulan Oktober depan.

Perkara itu dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Menurut Fahmi, pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 itu dijangka dapat memperkukuh lagi hak rakyat untuk berhimpun.

Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa sebanyak 99 peratus daripada jumlah permohonan perhimpunan aman di Malaysia telah diluluskan antara tahun 2022 hingga 2024.

“Ini satu angka yang apabila kita teliti statistiknya adalah memberangsangkan.

“Namun, kita percaya dengan pindaan yang akan dibawa ke Parlimen nanti akan membolehkan hak rakyat untuk berhimpun dengan aman diperkukuh.

Baca artikel lain: Pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 reformasi penting selaras prinsip MADANI – PM

“Kita jangka pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 ini akan dapat dibawa ke Parlimen sama ada dalam sidang terdekat atau pun setidak-tidaknya bulan Oktober depan, Insya-Allah,” katanya.

Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memudahkan dan membantu pelaksanaan sebarang perhimpunan aman di negara ini.

Beliau berkata, pindaan itu antara lain akan mengeluarkan Seksyen 11 akta berkenaan, yang melibatkan keperluan persetujuan pemunya atau pemilik lokasi perhimpunan.

Bagaimanapun Anwar berkata penganjur perlu memaklumkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh lima hari sebelum perhimpunan diadakan bagi membolehkan pihak berkuasa menjaga keselamatan, kawalan dan lalu lintas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This