Polis kesan pemandu terlibat kes langgar lari murid sekolah

Dari Penulis

POLIS sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari membabitkan seorang penunggang motosikal bersama adiknya berusia lapan tahun ketika mereka dalam perjalanan pulang dari sekolah di Bukit Katil, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari ketika mangsa, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, menunggang motosikal selepas mengambil adiknya dari Sekolah Kebangsaan Demang Hussin, Bukit Katil menuju ke Duyong.

“Mangsa dipercayai menunggang di laluan kiri sebelum sebuah kereta yang tidak diketahui nombor pendaftarannya melanggar mereka dari arah belakang sebelah tepi, menyebabkan kedua-duanya terjatuh.

“Difahamkan kejadian berlaku selepas mereka melepasi kawasan sekolah, dalam keadaan trafik sibuk kerana ramai ibu bapa sedang mengambil anak masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Christopher berkata, mangsa mengalami luka kecil dan lebam pada kaki serta tangan, manakala adiknya cedera di bahagian dahi kanan yang berlubang, luka kecil di muka dan bengkak pada mata.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah menerima rawatan di Hospital Melaka. 

 — BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This