HANYA 35 projek di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya telah dikategorikan sebagai projek sakit.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah itu mewakili 2.8 peratus daripada keseluruhan projek dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menunjukkan majoriti projek berjalan lancar.
“Terdapat juga projek yang berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual.
“Minggu lalu, saya menyerahkan satu projek yang siap setahun lebih awal, ‘Ahead of Time’ (AOT)’ bukan melalui lanjutan masa atau ‘Extension of Time’ (EOT),” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Projek Siap Blok Tambahan HSJ pada Jumaat.
Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Baca artikel lain: OPEC+ perlu buat keputusan penting pada mesyuarat 5 Mei ini – BMI
Mengulas lanjut, Alexander berkata, kementerian sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menangani isu projek sakit termasuk menubuhkan jawatankuasa pemantauan di peringkat kementerian.
“Walaupun terdapat beberapa projek yang mengalami kelewatan atau masalah, ia hanya melibatkan bilangan kecil dan lanjutan masa hanya diberikan atas alasan kukuh serta munasabah.
“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan prestasi serta tahap penyampaian projek infrastruktur,” katanya.
Blok tersebut menyaksikan bangunan baharu setinggi sembilan tingkat itu siap sepenuhnya pada 12 April lalu dan dijadualkan mula beroperasi secara berperingkat mulai 5 Mei ini.
Ia menempatkan 316 katil, enam bilik pembedahan serta tujuh jenis wad pelbagai disiplin termasuk Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Unit Rawatan Rapi Separuh (HDU).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

