PRU2025 Singapura: Pemilih keluar mengundi di seluruh negara

Dari Penulis

PUSAT-pusat pengundian di seluruh Singapura dibuka pada pukul 8 pagi Sabtu bagi membolehkan lebih 2.75 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) negara itu.

Sebanyak 1,240 pusat mengundi beroperasi di seluruh negara dan akan ditutup pada pukul 8 malam.

Mengundi adalah satu kewajipan di Singapura.

Jabatan Pilihan Raya (ELD) sebelum ini menggalakkan pengundi supaya keluar mengundi pada waktu tengah hari bagi mengelakkan kesesakan pada waktu pagi.

Selain pengundian dalam negara, 10 pusat pengundian luar negara turut beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam waktu tempatan di bandar masing-masing, namun tidak boleh melebihi waktu penutupan rasmi di Singapura.

Pusat-pusat pengundian ini terletak di Dubai, London, Washington D.C., New York, San Francisco, Canberra, Tokyo, Beijing, Hong Kong dan Shanghai.

Baca artikel lain: Operasi khas trafik: Polis sita 25 motosikal, keluarkan lebih 100 saman

Seramai 18,389 rakyat Singapura telah mendaftar sebagai pengundi luar negara — 8,630 daripadanya akan mengundi secara fizikal di pusat luar negara, manakala 9,759 akan mengundi melalui pos.

Pengundi akan memilih daripada 11 parti politik dan dua calon bebas yang bertanding bagi merebut baki 92 kerusi Parlimen di 32 kawasan pilihan raya, selepas Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi lima kerusi tanpa bertanding pada hari penamaan calon.

PAP bertanding di semua kawasan pilihan raya, manakala Parti Pekerja (WP) mempunyai jumlah calon pembangkang paling ramai iaitu seramai 26 orang.

Lima kawasan menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru, dengan Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Tampines menjadi medan paling sengit, melibatkan pertarungan empat penjuru antara PAP, WP, Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan Parti Perpaduan Nasional (NSP).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This