Isu tunggakan penyelenggaraan perumahan Taman Seri Sentosa akan diselesaikan – Fahmi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ISU tunggakan penyelenggaraan perumahan Fasa 1F dan 1G di Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur akan diteliti serta diselesaikan.

Perkara itu mendapat perhatian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil untuk dibantu menyelesaikannya antara penduduk dan bahagian pengurusan perumahan berkenaan.

Dalam hantaran di Facebook, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi memaklumkan, beliau telah menerima banyak aduan daripada penduduk berhubung isu tunggakan penyelenggaraan tersebut.

Kata beliau, penduduk memaklumkan menerima notis dan panggilan daripada ejen pengurusan lama serta baharu mengenai tunggakan penyelenggaraan.

Baca artikel lain: Fahmi ucap takziah kepada keluarga Nas Ahmad, jurugambar NSTP

“Ramai yang tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan ejen lama itu dan apabila ejen baharu mula bertugas (selepas April 2024), penduduk minta isu tunggakan lama ini diteliti semula.

“Jumaat lalu saya telah berbincang dengan wakil Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur, ejen pengurusan dan penduduk. Kami putuskan agar panggilan mengenai tunggakan lama dihentikan buat masa ini untuk diteliti dengan terperinci, tetapi tunggakan baharu perlu dilunaskan.

“Insya-Allah saya dan pejabat akan mengambil beberapa tindakan susulan, untuk membantu kedua-dua pihak penduduk dan juga pengurusan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Fahmi turut meminta ejen pengurusan untuk meneliti semula kos bulanan penyelenggaraan itu supaya lebih simbang dengan kemampuan fasa-fasa perumahan berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This