SERAMAI 647 mangsa banjir daripada 204 keluarga di Sabah masih ditempatkan di empat pusat pemindahan setakat pagi hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 325 mangsa daripada 103 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Sook, melibatkan 208 mangsa di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2, manakala 117 mangsa di Dewan Kampung Ansip tengah.
Baca artikel lain: Ramanan sumbang RM100,000 peralatan elektrik bantu mangsa banjir Sungai Buloh
Di Beaufort, 287 mangsa daripada 88 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon dan di Dewan Residensi Pr1ma Woorford Estate menempatkan 35 mangsa daripada 13 keluarga.
“Sebanyak 19 kampung masih terjejas banjir, iaitu sembilan di Sook dan 10 di Beaufort,” menurut kenyataan itu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

