BARISAN Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bersetuju untuk menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dicapai dalam satu mesyuarat yang telah diadakan, semalam.
Jelasnya, mesyuarat kepimpinan tertinggi itu antaranya dihadiri oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama.
“Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama di antara kepimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Negeri Sabah.
Baca artikel lain: Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restoran makanan segera
“Segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di peringkat
kebangsaan,” kata mereka dalam kenyataan bersama, hari ini.
Terdahulu pada 1 Mei lalu, BN Sabah mengesahkan akan bertanding 40 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN17 negeri itu.
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir dilapor berkata, baki 33 kerusi diberikan kepada PH.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

