DATUK Fahmi Fadzil menyifatkan keputusan beliau menawarkan diri sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada pemilihan parti itu, 23 Mei ini bukan kerana jawatan.
Sebaliknya, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR menjelaskan, keputusan untuk bertanding bagi jawatan MPP itu disebabkan amanah perjuangan.
Menurut Menteri Komunikasi itu, PKR bukan hanya sebuah parti politik tetapi merupakan wadah reformasi berasaskan prinsip.
Sehubungan itu, beliau berkata, kepimpinan Pusat mesti mencerminkan nilai-nilai integriti, ketekunan dan keberanian yang diwarisi sejak tahun 1998.
“Sudah lebih dua setengah dekad kita bersama di dalam gerakan Reformasi ini – dari jalan raya ke Putrajaya, dari menuntut keadilan buat individu teraniaya, kepada usaha membina semula sistem yang lebih adil dan telus untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Saya mohon kepercayaan saudara-saudari untuk sama-sama mengangkat Keadilan ke tahap yang lebih tinggi.
“Bukan untuk kita saja, tetapi untuk generasi yang akan datang,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Tak pernah wujud nepotisme, Nurul Izzah sekarang pun Naib Presiden – Fahmi
Proses pencalonan pemilihan parti yang berakhir jam 11.59 malam tadi menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak dicabar bagi jawatan Presiden PKR.
Jawatan Timbalan Presiden pula menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah Anwar dengan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli selaku penyandang.
Bagi jawatan Naib Presiden, 12 ahli mengemukakan pencalonan masing-masing termasuk empat penyandangnya iaitu Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim pula adalah calon tunggal bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), manakala jawatan Ketua Wanita PKR menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dengan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.
Kongres Nasional PKR, termasuk Kongres AMK dan Kongres Wanita, dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru dengan 23 Mei ditetapkan sebagai hari pengundian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

