MCMC periksa premis, sita peranti milik individu muat naik kandungan jelik melampau 3R

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan pemeriksaan terhadap premis milik seorang individu yang dipercayai memuat naik kandungan elemen jelik melampau berunsur 3R melalui akaun Facebook miliknya.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, pemeriksaan ke atas premis itu dilakukan bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung siasatan yang sedang dijalankan ke atas individu tersebut.

Menurut MCMC, pemeriksaan berkenaan dilaksanakan selepas suruhanjaya berkenaan memperoleh waran geledah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengikut peruntukan Seksyen 247 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 AKM 1998 yang memperuntukkan kesalahan berkaitan penyebaran kandungan lucah, sumbang, palsu, jelik melampau atau mengancam, dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain.

“Hasil daripada pemeriksaan itu, sebuah telefon bimbit dan satu kad SIM telah disita untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: MCMC kompaun Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat RM10,000

Mengulas lanjut, MCMC memberitahu, sesi pemeliharaan data dan rakaman percakapan individu tersebut telah diadakan di Balai Polis Pudu, semalam.

Individu berkenaan sebelum itu turut hadir ke Ibu Pejabat MCMC bagi memberikan keterangan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan.

“MCMC ingin menegaskan tindakan yang dilaksanakan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang yang termaktub di bawah AKM 1998.

“Orang ramai adalah dinasihatkan untuk memberikan ruang agar siasatan dapat dilengkapkan dengan telus dan menyeluruh,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan sekumpulan polis bersama pegawai MCMC menghabiskan masa lima jam di sebuah bengkel pemeriksaan kenderaan Scrut Auto untuk melaksanakan waran geledah terhadap pengasasnya yang juga pempengaruh media sosial, Aliff Ahmad.

Menurut laporan Malaysiakini memetik peguam Aliff, Haziq Aizuddin Subhi, sekumpulan polis bersama pegawai MCMC itu tiba di premis berkenaan kira-kira 5 petang dan membawa anak guamnya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pudu pada pukul 11 malam, semalam.

Pada 25 April lalu, Aliff dipanggil untuk disoal siasat di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya, berhubung tawarannya untuk menjalankan semakan latar belakang secara mendalam terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, melalui satu sistem dikenali sebagai “Scrut Analytica”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This