YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di negara ini.
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Seri Paduka Baginda bertitah hubungan erat antara kaum bukan sahaja menjadi asas kekuatan negara malah tunjang perpaduan.
“Dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, keharmonian tercipta apabila kita saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.
Baca artikel lain: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2025
“Bersama-sama kita membina masa depan yang lebih aman, bersatu-padu serta makmur. Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Hari Wesak disambut penganut Buddha hari ini sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia.
-BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

