Nahas FRU: Kementerian Pengangkutan diberi masa sebulan lengkapkan laporan siasatan – Fahmi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pengangkutan diberi masa sebulan untuk melengkapkan laporan siasatan berhubung nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, semalam.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini, Menteri Pengangkutan telah memaklumkan bahawa satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk meneliti aspek-aspek yang bukan bersifat jenayah, di mana dari segi kenderaan di bawah bidang Kementerian Pengangkutan.

“Manakala siasatan oleh pihak PDRM diteruskan, jadi akan ada dua siasatan untuk makluman semua.

“Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa laporan dari Kementerian Pengangkutan perlu disiapkan dalam tempoh satu bulan dan dibentangkan semula ke Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Baca artikel lain: Ahmad Zahid pengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, wakili PM

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi semalam, sembilan anggota FRU maut dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon berkata, nahas membabitkan sebuah lori membawa muatan batu dan sebuah trak FRU.

Susulan itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam kenyataan memaklumkan kementeriannya menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat punca nahas berkenaan.

Katanya, pasukan itu juga diarah untuk mencadangkan dan menambah baik aspek keselamatan susulan nahas itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This