Dunia Islam perlu perkukuh asas, bermula dengan ekonomi – Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru dunia Islam untuk bekerjasama dan mengukuhkan asas, bermula dengan ekonomi, terutamanya dalam Industri Halal yang dianggarkan bernilai US$3 trilion.

“Dari negara-negara Teluk, Asia Barat, ke Afrika, ke Asia, kita harus memformalkan dan mengukuhkan perpaduan ini.

“Kemudian barulah kewangan Islam, bukan hanya sekadar menerima pakai apa yang anda panggil sebagai bebas riba, tetapi meneroka inovasi baharu agar ia dapat menawarkan ekonomi alternatif dan berdaya maju bagi dunia Islam dan juga penyertaan orang bukan Islam dalam masyarakat kita dan di negara bukan Islam,” kata beliau.

Anwar berkata demikian semasa Sesi Pleno Forum Ekonomi Antarabangsa Ke-16 “Rusia-Dunia Islam: KazanForum 2025”.

Baca artikel lain: Guru wira sejati bentuk masa depan Malaysia – PM

Berucap kepada kira-kira 2,500 peserta dari lebih 100 negara, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai peralihan tenaga dan transformasi digital, dan keperluan negara Islam untuk melaksanakannya.

“Kerana lagipun, bagaimana kita menghormati, mencintai, dan mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W.? Ia kerana nilai-nilai dan ciri-cirinya.

“Jadi isu yang kita hadapi, bagi golongan muda dan untuk kita, adalah untuk memastikan bahawa terdapat perbezaan. Nilai-nilai kekeluargaan adalah penting,” kata beliau.

Anwar sekali lagi menyentuh bagaimana cara menangani isu-isu berkaitan belia hari ini, mengulangi ucap tama beliau pada sesi terdahulu, menggesa ulama, cendekiawan, pemimpin politik mengambil tindakan.

“Kita telah beberapa kali membincangkan isu ini, dan saya telah mencadangkan dalam mesyuarat strategik pagi ini, bahawa bagi golongan belia, kita harus membuat susulan.

“Biarkan anak muda kita memikirkan dengan mendalam apa yang telah kita bincangkan, dan mengusulkan lebih banyak cadangan..menyatakan sokongan atau ketidaksetujuan mereka, supaya suara belia bukan sahaja didengari, tetapi diambil perhatian yang sangat serius.

“Kerana kita perlu memastikan golongan muda mengetahui bahawa dalam penghuraian isu dan keputusan kita dari segi keutamaan, suara mereka amat diperlukan dalam program yang memberi impak kepada golongan muda,” kata Anwar.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This