Nahas FRU: Enam mangsa masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital semalam

Dari Penulis

ENAM anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan, Selasa lepas masih menerima rawatan manakala seorang lagi dibenarkan keluar semalam.

Pengarah Kesihatan Perak, Dr. Feisul Idzwan Mustapha berkata lima daripada anggota itu dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

“Empat daripada lima pesakit yang dirawat di HTI ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala seorang lagi ditempatkan di Wad Surgical dan perkembangan pesakit di wad tersebut bertambah baik, mungkin boleh dibenarkan keluar dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di HTI hari ini.

Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menyantuni keluarga mangsa nahas FRU di hospital berkenaan pagi ini.

Baca artikel lain: Nahas FRU: Pemilik syarikat lori sudah dipanggil beri keterangan

Dalam pada itu, Dr Feisul Idzwan berkata anggota yang berada di ICU HRPB mulai sedar dan menunjukkan perkembangan baik walaupun mengalami kecederaan serius.

“Dia mengalami pelbagai jenis kecederaan antaranya di bahagian paru-paru kita panggil diafram iaitu selaput antara paru-paru dengan organ usus, perut, selain kecederaan pada organ hati dan limpa serta kemungkinan besar buah pinggang dan pundi kencing.

“Ini tidak termasuk pelbagai kecederaan tulang kita panggil fracture di tulang rusuk, kaki dan pinggul. Semasa pesakit dimasukkan ke HRPB pun sudah ada tiga pembedahan peringkat awal, jadi memang kita lihat kemungkinan besar pesakit perlu melalui pelbagai jenis prosedur lagi,” katanya.

Dr Feisul Idzwan berkata bagi pesakit di ICU HTI pula, kesemuanya telah menunjukkan perkembangan baik dengan seorang daripadanya memerlukan pemerhatian rapi.

Dalam kejadian 8.50 pagi Selasa lepas, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam, Teluk Intan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tak seperti biasa, Piala Dunia 2026 kelihatan suram

HANYA tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Piala Dunia 2026 dimulakan dengan perlawanan pertama melibatkan satu daripada pasukan tuan...

More Articles Like This