TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Thailand selama empat hari hingga Sabtu ini.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan memaklumkan, lawatan kerja rasmi Fadillah itu akan memfokuskan kepada kerjasama strategik dalam bidang tenaga boleh baharu, keselamatan tenaga dan pengurusan sumber air secara mampan.
Menurut kementerian itu, lawatan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi air mencerminkan komitmen kerajaan dalam mendukung peralihan tenaga negara.
Pada masa sama, PETRA memberitahu, ia juga bagi menjayakan aspirasi Malaysia MADANI melalui komitmen memastikan rakyat mendapat manfaat daripada sistem tenaga dan air yang bersih, lestari dan berpatutan.
“Antara pengisian semasa lawatan kerja ini adalah kunjungan hormat oleh Fadillah kepada Timbalan Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Tenaga.
“Selain itu, kunjungan hormat Fadillah ke atas Timbalan Perdana Menteri yang menerajui Pejabat Sumber Air Kebangsaan itu adalah bagi membincangkan kerjasama rentas sempadan dalam pembangunan tenaga bersih dan pengurusan air industri sekali gus memperkukuh diplomasi serantau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Perpaduan kunci kemajuan negara – TPM Fadillah
Mengulas lanjut, PETRA memberitahu, perkongsian strategik bersama industri menerusi taklimat dan jaringan bersama syarikat TTM dari Thailand yang dihoskan Petronas turut dijadualkan berlangsung semasa lawatan rasmi Fadillah itu.
Katanya, perkongsian strategik itu bertujuan menjana peluang pelaburan dua hala serta projek tenaga serantau yang memberi impak langsung kepada kestabilan bekalan dan kemampanan alam sekitar.
PETRA berkata, lawatan kerja itu meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih strategik dalam landskap tenaga ASEAN sekali gus memacu pembangunan sektor tenaga dan air negara yang lebih mampan, inovatif dan berteraskan kepentingan rakyat.
Jelas kementerian berkenaan, ia juga selaras dengan penerapan konsep Malaysia MADANI yang menekankan kepada kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
“Selain itu, Fadillah juga akan mengadakan lawatan ke sebuah loji rawatan air dan kitar semula bagi menimba pengalaman terbaik dalam inovasi hijau dan pengurusan sumber industri yang cekap.
“Beliau turut dijadualkan menghadiri majlis ramah mesra bersama komuniti diaspora Malaysia di Bangkok dan menyempurnakan sesi makan malam bersama pihak industri sektor tenaga di Thailand bertujuan mempertingkat peluang kolaborasi sektor swasta dalam teknologi hijau dan pelaburan tenaga boleh baharu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

