JABATAN Imigresen Malaysia menyerbu sebuah klinik dikendalikan seorang lelaki warganegara Pakistan dipercayai doktor tidak bertauliah yang dikenali sebagai ‘Doktor Maleeq’, Isnin lalu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dalam kenyataan memaklumkan, operasi khas yang bermula pada pukul 11.20 malam itu tertumpu di dua lokasi sekitar Selangor iaitu Sungai Buloh dan Shah Alam serta satu lagi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Menurut Zakaria, ‘Doktor Maleeq’ telah ditahan berdasarkan risikan dan maklumat awam yang dijalankan selama dua minggu.
Selain ‘Doktor Maleeq’, Jabatan Imigresen turut menahan tiga wanita warganegara Myanmar yang dipercayai bertindak sebagai pembantu klinik, seorang wanita warganegara Pakistan dan seorang lagi wanita rakyat India.
“Jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai enam orang berumur lingkungan 23 hingga 57 tahun.
“Semakan awal mendapati lelaki warganegara Pakistan itu telah tinggal lebih masa; seorang wanita Myanmar telah menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS); seorang lagi wanita Myanmar memiliki kad UNHCR manakala warga asing lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Dua pegawai imigresen cedera ketika tahan warga asing cuba larikan diri
Mengulas lanjut, Zakaria memberitahu, modus operandi sindiket itu adalah dengan menawarkan perkhidmatan perubatan terutama kepada warga asing dengan harga murah.
Pada masa sama, katanya, klinik tersebut dipercayai menggunakan doktor tidak bertauliah untuk melakukan kesihatan pada waktu malam sahaja dan telah beroperasi selama satu tahun.
“Pasukan operasi telah menyita buku log pesakit, cop klinik, pasport Pakistan, India dan Myanmar; peralatan perubatan; resit sijil sakit; telefon bimbit klinik dan baju pengamal perubatan.
“Bayaran yang dikenakan untuk setiap pesakit warga asing itu adalah sebanyak RM90 yang hanya boleh dilakukan secara dalam talian,” katanya.
Kesemua warga asing itu ditahan di Depot Imigresen KLIA untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 manakala seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Filipina diberi notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

