Malaysia, Palestin perkukuh kerjasama strategik dalam sektor kesihatan – Dzulkefly

Dari Penulis

MALAYSIA dan Palestin sepakat memperkukuh kerjasama strategik bagi memperkasakan sistem kesihatan yang adil, berdaya tahan dan berteraskan nilai kemanusiaan sejagat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerjasama itu diperincikan menerusi pertemuan dua hala antara beliau dan rakan sejawatnya dari Palestin Dr Maged Abu Ramadan hari ini.

Beliau berkata, antara bidang kerjasama dibincangkan ialah pembangunan kapasiti tenaga kerja kesihatan, pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta usaha transformasi digital kesihatan.

“Pertemuan ini memperkukuh lagi hubungan erat antara dua negara Islam yang berkongsi aspirasi untuk memperkasakan sistem kesihatan yang adil, berdaya tahan dan berpaksikan nilai kemanusiaan.

“Saya juga memuji kejayaan Palestin dalam melaksanakan kempen vaksinasi polio menggunakan nOPV2, suatu langkah penting dalam kesiapsiagaan kesihatan awam,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Dzulkefly berkata keseluruhan perbincangan berlangsung dalam bahasa Arab sebagai pendekatan diplomatik yang bertujuan memastikan penyampaian mesej secara jelas, memperkukuh persefahaman bersama serta menghormati latar budaya kedua-dua pihak.

Pada masa sama, beliau menegaskan pendirian Malaysia yang dibangkitkan pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA78) baru-baru ini, yang mendesak masyarakat antarabangsa agar tidak berdiam diri terhadap krisis kemanusiaan dan kesihatan awam yang sedang berlaku di Gaza.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This