Sidang ASEAN: Kehadiran pemimpin GCC, China antara sebab kawalan keselamatan tertinggi dilaksana – Fahmi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEHADIRAN ramai pemimpin dunia merupakan antara sebab mengapa kawalan keselamatan peringkat tertinggi perlu dilaksanakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, antara pemimpin yang hadir ke sidang tersebut adalah dari negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta China.

Oleh disebabkan itu, jelas beliau beberapa laluan terpaksa ditutup oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain 71 sekolah dibenar melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Bezanya kali ini dengan mungkin 10 tahun lalu kita telah berjaya meyakinkan melalui Kementerian Luar rakan-rakan dari GCC untuk bersama dalam satu sidang kemuncak bersama ASEAN.

Baca artikel lain: Malaysia perkukuh keselamatan maritim dengan teknologi pengawasan canggih

“(10 tahun lalu) mungkin pada waktu itu gabung GCC masih belum aktif dalam interaksi hubungan diplomatik dengan ASEAN, tambahan kepada itu kita ada Sidang Kemuncak ASEAN, GCC dan China.

“Jadi dia bukan satu sidang kemuncak tetapi tiga, ini yang membezakan sidang kemuncak kali ini berbanding dengan sebelumnya,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui ramai pihak termasuk ibu bapa mengeluh susulan daripada penutupan beberapa jalan utama namun ia perlu dilaksanakan demi kelancaran sidang kemuncak kali ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini memaklumkan 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran untuk melaksanakan PdPR pada 26 hingga 28 Mei ini bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

KPM menasihati ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terbabit untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini di KLCC, menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota blok itu, bagi membincangkan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi, selain memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This