DEKLARASI Kuala Lumpur (KL) yang akan dilancarkan pada Sidang Kemuncak ASEAN minggu depan diyakini mampu menjadikan rantau ini lebih dihormati di peringkat antarabangsa.
Felo Majlis Profesor Negara, Dr Azmi Hassan berkata, matlamat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini mahukan rantau ini memainkan peranan penting dalam hal ehwal dunia.
Menurut Azmi, sebagai Pengerusi ASEAN, Perdana Menteri bukan sahaja mahu menonjolkan Malaysia mendepani cabaran geostrategik tetapi ‘merangkul’ seluruh komuniti ASEAN bergerak seiring.
“Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN mahu rantau ini lebih terlibat dalam perkara yang berlaku bukan sahaja dalam ASEAN tetapi di luar ASEAN.
“Sebab itu saya berpendapat apabila Perdana Menteri menawarkan diri sebagai perantara dalam konflik India-Pakistan dua minggu lepas, ia dilakukan dalam kapasiti sebagai Pengerusi ASEAN.
“Ini kerana kita (Malaysia) mempunyai pengalaman contohnya melibatkan bangsa Moro dan sekarang sebagai perantara di selatan Thailand antara pejuang Islam dan Bangkok.
“Jadi, kita sebenarnya mempunyai pengalaman mengendalikan perkara sedemikian dan atas sebab itu Perdana Menteri menawarkan diri,” katanya kepada UtusanTV.
Baca artikel lain: Deklarasi KL garis visi ASEAN dalam tadbir urus, masa depan digital – PM Anwar
Mengulas lanjut, Azmi turut berpendapat Deklarasi KL itu bakal menjadikan ASEAN bersifat lebih berpusat dan terlibat dalam hal-hal geopolitik dunia.
Kata beliau, ia termasuk dalam konflik yang berlaku di Gaza, Ukraine mahu pun perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
“Hala tuju ASEAN banyak bergantung kepada Pengerusi untuk menentukan agenda blok ini.
“Saya melihat Malaysia sebagai Pengerusi tahun ini bukan sahaja melihat kepada hal-hal ekonomi terutama tarif tetapi juga isu geopolitik yang lebih strategik sekali gus menjadikan ASEAN lebih dihormati dunia luar,” katanya.
Kelmarin, Perdana Menteri memaklumkan Deklarasi KL bakal menjadi rujukan utama hala tuju masa depan rantau ini, khususnya dalam aspek tadbir urus, transformasi digital dan kesiapsiagaan strategik.
Anwar berkata, deklarasi berkenaan adalah hasil perbincangan menyeluruh yang membabitkan pemimpin politik, tokoh akademik dan pegawai kanan kerajaan, sekali gus mencerminkan komitmen ASEAN untuk bergerak daripada retorik kepada pelaksanaan tindakan lebih konkrit.
“Kita bentangkan gambaran menyeluruh mengenai perkara yang perlu diberi perhatian seperti tadbir urus dan pembangunan digital dan ia antara bidang utama yang akan diketengahkan dalam Deklarasi KL.
“Bagaimanapun, keamanan dan keselamatan kekal sebagai asas penting kemajuan serantau, dan deklarasi (KL) memberi penekanan terhadap bidang strategik bagi menjamin pembangunan jangka panjang ASEAN,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

