SEORANG pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai CEO Batu dilapor telah ditahan polis, semalam.
Ia susulan dakwaan suspek telah menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur berusia 14 tahun.
Memetik laporan Harian Metro Online, lelaki berusia 22 tahun itu hadir menyerah diri bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
Menurut laporan berkenaan, CEO Batu telah ditahan reman hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Penahanan pempengaruh media sosial itu turut disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.
“Ya, kami dah siasat,” katanya ringkas seperti dilaporkan.
Baca artikel lain: Bebas 20 minit, pemandu lori nahas FRU ditahan semula kerana kes curi lembu
Sebelum ini, media melaporkan penyanyi rap dan juga pempengaruh, Caprice mendedahkan mengenai beberapa kiriman mesej yang didakwa berbaur lucah dihantar CEO Batu kepada remaja bawah umur.
Menerusi beberapa hantaran Caprice di ‘feed’ dan Instagram Story, dia dihubungi ibu kepada remaja terbabit yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual pempengaruh itu.
Antara tangkap layar dikongsikan adalah kiriman mesej berserta gambar tidak senonoh dihantar oleh CEO Batu kepada anak wanita itu, kononnya dengan niat menunjukkan parut kesan pembedahan.
Selain itu, CEO Batu turut mengirimkan satu lagi mesej memohon maaf kepada ibu remaja itu dan ingin berjumpa bagi menyelesaikan isu itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

