TIMBALAN Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berazam untuk memberi fokus bagi merangka usaha ke arah memperkukuh parti bersama kepimpinan baharu.
Nurul Izzah yang ditemui media selepas diumumkan menang jawatan itu berkata beliau juga mahu melaksanakan reformasi dalaman selain bergerak menuju Pilihan Raya Umum akan datang.
Beliau juga akan berkongsi perancangan sebagai Timbalan Presiden selepas Kongres Nasional Keadilan 2024/2025 berakhir.
Baca artikel lain: Pemilihan PKR: Amirudin, Ramanan, Aminuddin, Chang Lih Kang dipilih Naib Presiden
“Saya mohon doa, saya dan suami akan berangkat ke Makkah menunaikan ibadah haji nanti,” katanya.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menang jawatan Timbalan Presiden dengan menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi selepas memperoleh 9,803 undi.
Senarai pemenang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa selepas majlis perasmian kongres itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor malam tadi.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

