Polis siasat jika ada dakwaan baharu libat kes CEO Batu

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat dakwaan baharu melibatkan pempengaruh media sosial dikenali sebagai CEO Batu yang didakwa menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan memaklumkan, buat masa ini pihaknya masih memberi tumpuan kepada siasatan kes utama yang telah dilaporkan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan lain.

“Suspek masih ditahan reman sehingga Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan penyanyi rap dan juga pempengaruh, Caprice mendedahkan mengenai beberapa kiriman mesej yang didakwa berbaur lucah dihantar CEO Batu kepada remaja bawah umur.

Baca artikel lain: Hantar mesej berbaur lucah sejak awal Mei, CEO Batu direman 4 hari

Menerusi beberapa hantaran Caprice di ‘feed’ dan Instagram Story, dia dihubungi ibu kepada remaja terbabit yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual pempengaruh itu.

Antara tangkap layar dikongsikan adalah kiriman mesej berserta gambar tidak senonoh dihantar oleh CEO Batu kepada anak wanita itu, kononnya dengan niat menunjukkan parut kesan pembedahan.

Selain itu, CEO Batu turut mengirimkan satu lagi mesej memohon maaf kepada ibu remaja itu dan ingin berjumpa bagi menyelesaikan isu itu.

Polis turut mengesahkan bahawa pempengaruh itu didakwa menghantar beberapa imej serta mesej tidak senonoh dan berunsur seksual kepada remaja perempuan berusia 14 tahun sejak awal Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir turut mengesahkan pihaknya telah menahan suspek berusia 22 tahun itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terbabit.

Noor Ariffin memberitahu CEO Batu direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(e)Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This