UMNO tak tamak minta jawatan menteri Kabinet jika berlaku kekosongan

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu tidak tamak untuk meminta jawatan menteri Kabinet yang berkemungkinan kosong susulan keputusan pemilihan kepimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata sekiranya berlaku kekosongan, ia hak PKR.

“Itu hak mereka, kita tidak boleh campur dan kita tahu batas-batas permintaan kita … .Saya tidak fikir UMNO begitu tamak untuk memohon jawatan itu diberikan kepada UMNO.

“Kita bersyukur kerana kita ada tujuh menteri UMNO dalam barisan Jemaah Menteri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan “Eastern International TVET” di Kuantan hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada 10 Mei lepas, Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet jika gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

Baca artikel lain: Kepimpinan baharu PKR cerminan aspirasi akar umbi, bukan nepotisme – Penganalisis

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, UMNO tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman parti lain, termasuk PKR, sebaliknya mahu memberi tumpuan terhadap parti sendiri.

“Saya tidak seharusnya campur dalam urusan parti lain dan tentunya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan sesuatu terbaik supaya kerajaan sedia ada dan anggota Jemaah Menteri dapat bergerak terus seiring sejalan untuk menentukan pengukuhan Kerajaan MADANI,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu PKR, termasuk Nurul Izzah Anwar serta berharap dapat mengeratkan lagi jalinan hubungan dengan UMNO melalui Pakatan Harapan dan BN.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid mengumumkan pelantikan Wan Rosdy sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Usahawan.

Ahmad Zahid ialah pengerusi jawatankuasa berkenaan.

Wan Rosdy sebelum ini turut dilantik sebagai Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Kebangsaan (MPUPK).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This