Ayuh ! Mari segera merebut peluang menangi peralatan memasak La Gourmet dan mata ganjaran Petron Miles dengan menyertai Peraduan “Sajian Sempurna, Gaya Tersendiri” yang dianjurkan oleh Petron Gasul dengan kerjasama La gourmet.
Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan pihak penganjur (Petron Gasul, syarikat sekutu, agensi dan ahli keluarga terdekat) tidak layak menyertai peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta perlu bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat yang telah ditetapkan.
Syarat penyertaan peraduan sangat mudah iaitu setiap pelanggan perlu membeli Petron Gasul LPG (12KG atau 14 KG) dari mana-mana stesen minyak Petron yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Kemudian masukkan kata kunci “GasulxLagourmet” di chatbot digital dan lengkapkan maklumat nama penuh, nombor telefon, emel dan nombor keahlian Petron Miles. Muat naik resit pembayaran dan bukti pembelian. Cabutan bertuah akan diadakan pada setiap akhir bulan.

Peserta yang bertuah berpeluang memenangi :
Hadiah Pertama x 3 Pemenang (1 Pemenang Setiap Bulan)
La gourmet Galactic Honeycomb Wok 32 x 9.5cm dengan Penutup Keluli Tahan Karat dan Induksi (IH) bernilai RM899
Hadiah Kedua x 3 Pemenang (1 Pemenang setiap bulan)
Set Peralatan Shogun (Papan Hidangan Acacia berbentuk epal 31cm x 25cm x 2cm, Pisau Utiliti 5″, Pisau Chef 8″, Pisau Santoku 6.5″ & Pisau Cleaver 7″) bernilai RM795.00
Hadiah Ketiga x 3 Pemenang (1 Pemenang setiap bulan)
La gourmet Vintage Collection 2.1L Pengangkut Tiffin Keluli 3-Tingkat Berwarna Hitam bernilai RM259.00
Hadiah Saguhati x 6 Pemenang (2 Pemenang setiap bulan)
Mata Petron Miles bernilai RM100
Peserta perlu bersetuju untuk membenarkan penganjur menggunakan foto yang dihantar untuk tujuan promosi dan pemasaran. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Penganjur berhak untuk mengubah Terma & Syarat ini tanpa notis awal. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kerosakan, atau kecederaan yang timbul daripada penyertaan dalam peraduan ini.
Pemilihan dan pengumuman setiap pemenang melalui cabutan bertuah akan diumumkan pada akhir setiap bulan. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. Tempoh peraduan berlangsung dari 1 April hingga 30 Jun 2025. Sebarang penyertaan yang diterima selepas Tempoh Peraduan tidak akan dipertimbangkan. Peserta boleh mengimbas QR Kod yang disediakan untuk info lanjut.
Pemenang peraduan akan dimaklumkan melalui emel, media sosial atau talian terus (telefon) dalam tempoh tujuh (7) hari selepas peraduan berakhir. Sekiranya pemenang tidak memberi maklum balas dalam tempoh lima (5) hari, penganjur berhak untuk memilih pemenang alternatif.
Peserta yang menyertai peraduan ini perlu bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan data peribadi mereka untuk tujuan berkaitan Peraduan mengikut Dasar Privasi Penganjur. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pusat perkhidmatan pelanggan kami di talian 1300228211 atau emel [email protected]
Peraduan ini tidak ditaja, disokong, atau dikendalikan oleh mana-mana platform media sosial.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

