Ahmad Fauwaz Fadzil dilantik Mufti Wilayah Persekutuan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENDAKWAH, Ahmad Fauwaz Fadzil dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu berkuat kuasa 23 Mei lalu.

Pelantikan anak kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor itu adalah bagi menggantikan Prof. Madya Datuk Dr. Luqman Abdullah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, pelantikan Ahmad Fauwaz sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut Mohd Na’im, pelantikan itu mencerminkan keyakinan dan harapan tinggi kepimpinan negara terhadap kebolehan dan kewibawaan Ahmad Fauwaz dalam mengemudi institusi fatwa dengan penuh integriti serta hikmah.

Beliau berkata, Ahmad Fauwaz aktif menyumbang dalam pelbagai institusi termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP); institusi kewangan dan akademik.

Katanya, kepakaran Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu itu dalam bidang usul fiqh, fiqh muamalat, fiqh perubatan serta kefahaman fiqh kontemporari amat diperlukan dalam membantuk dasar-dasar hukum Islam yang seimbang berlandaskan maqasid syariah dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Sebagai ilmuwan yang sering muncul dalam media dan forum ilmiah, beliau dikenali sebagai tokoh yang mampu menjelaskan isu-isu keagamaan semasa secara tuntas, inklusif dan bersifat mendidik.

Baca artikel lain: Ahmad Fauwaz ketuai jawatankuasa khas sukatan pelajaran pemulihan akidah pengikut GISBH

“Saya yakin dan percaya bahawa beliau akan memperkukuh lagi peranan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai institusi autoritatif yang menjadi rujukan umat Islam di Malaysia.

“Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan dan semoga Allah SWT memberkati pelantikan ini dan memberikan kekuatan kepada beliau untuk menjalankan amanah ini dengan penuh hikmah, integriti dan istiqamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Fauwaz merupakan seorang tokoh ilmuwan Islam yang prolifik dalam bidang perundangan Islam, pendidikan, kewangan Islam, dakwah dan penyelidikan.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir serta menyempurnakan pengajian Sijil Profesional Fatwa di Dar al-Ifta’ al-Misriyyah.

Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Usul Fiqh dari Universiti Malaya dan pensijilan antarabangsa seperti Certified Sharia Advisor and Auditor (CSAA) oleh AAOIFI.

Ahmad Fauwaz juga pernah dilantik oleh kerajaan untuk mengetuai jawatankuasa bagi membentuk modul silibus pemulihan akidah kanak-kanak GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang diselamatkan pihak berkuasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This