Anwar tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan kerja ke Sabah

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam ini untuk mengadakan lawatan kerja ke Sabah hingga esok.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada kira-kira 9.30 malam disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan pemimpin negeri yang lain.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), dan Pengerusi PH Sabah Datuk Ewon Benedick dijadual menghadiri perjumpaan bersama para pemimpin gabungan politik itu di sini malam ini.

Esok, Perdana Menteri dijadual menghadiri beberapa program termasuk Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Penampang pada 8 pagi.

Selepas itu, beliau akan melancarkan Projek Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd Fasa 1 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 10 pagi.

Anwar juga dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang di sini sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This