Kes CEO Batu: Kertas siasatan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya

Dari Penulis

KERTAS siasatan kes seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai CEO Batu selepas disyaki menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah pun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir dalam sidang media, hari ini.

Menurut Noor Ariffin, buat masa ini pihaknya sedang menunggu arahan bagi tindakan selanjutnya.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi cadangan tuduh dan kita sedang tunggu arahan selanjutnya,” katanya.

Selasa lalu, media melaporkan pempengaruh dikenali sebagai CEO batu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Perkembangan itu disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Baca artikel lain: CEO Batu dibebaskan dengan jaminan polis 

UtusanTV melaporkan pempengaruh berkenaan ditahan pada 22 Mei lepas dan direman selama empat hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(e)Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Suspek dipercayai menghantar beberapa imej serta mesej tidak senonoh dan berunsurkan seksual kepada remaja bawah umur terbabit sejak awal Mei lalu.

Nama pempengaruh itu menjadi perhatian warganet apabila pempengaruh dan penyanyi Caprice mendedahkan suspek itu menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja berusia 14 tahun.

Caprice turut mendedahkan ibu mangsa telah menghubunginya bagi mendapatkan bantuan mendakwa selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Antara tangkap layar yang dimuat naik di akaun Instagram Caprice adalah kiriman mesej berserta gambar yang tidak senonoh dipercayai dengan niat untuk menunjukkan parut kesan pembedahan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This