Demokrasi matang tak wujud tanpa kewartawanan bebas, berani – Ramanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

HARI Wartawan Nasional (HAWANA) bukan sekadar satu sambutan sebaliknya merupakan peringatan bahawa demokrasi yang matang tidak akan wujud tanpa kewartawanan bebas, adil dan berani.

Sempena HAWANA 2025 yang disambut semalam, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan berkata, penghormatan perlu diberikan kepada golongan wartawan yang setiap hari menulis dengan nurani.

Menurut beliau, wartawan juga telah menyampaikan suara rakyat dengan penuh dedikasi serta tanggungjawab.

“Saya berdiri bukan sekadar sebagai seorang pemimpin tetapi sebagai seorang insan yang menghargai betapa pentingnya kepercayaan untuk bersuara.

“Ia kerana di sebalik ruang yang diberikan, ada wartawan yang membukanya, ada editor yang mempercayainya dan ada lensa kamera yang merakamkan denyut nadi rakyat.

“Kepada semua wartawan, jurugambar, penyampai berita, penulis, penyunting dan seluruh warga media saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Thank you, anda memang hebat!,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel lain: Sultan Pahang, Tengku Ampuan hargai sumbangan besar wartawan berpegang teguh prinsip kewartawanan

Mengulas lanjut, Ramanan yang juga Naib Presiden PKR turut menghargai peranan media yang memberikan ruang kepada beliau dan rakan-rakan untuk menyuarakan agenda reformasi.

“Tanpa anda, suara kami tidak sampai dan tanpa anda juga, suara rakyat tidak akan bergema. Teruskan menulis yang benar dan jangan gentar bersuara demi keadilan,” katanya.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bertujuan meraikan sumbangan pengamal media.

Majlis Prapelancaran sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada 3 Jun depan.

Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA 2025 akan diadakan pada 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan merasmikan sambutan berkenaan dengan anggaran kehadiran kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara.

HAWANA, yang memasuki edisi kelima tahun ini selepas penganjuran kali pertama pada 2018, adalah acara tahunan yang menghimpunkan pengamal media bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu berhemah bakal nikmati premium insurans lebih rendah menerusi Cermat MADANI

PEMANDU yang mempunyai rekod pemanduan baik dan mematuhi undang-undang jalan raya berpeluang menikmati premium insurans kenderaan lebih rendah sehingga...

More Articles Like This