Nahas FRU: Syarikat lori muatan batu dibatalkan lesen pengendali

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SYARIKAT lori muatan batu yang terlibat dalam insiden kemalangan dengan sebuah trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengorbankan sembilan nyawa pada 13 Mei lalu telah dibatalkan Lesen Pengendali (LA) berkuatkuasa serta-merta mulai semalam.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan memaklumkan, pembatalan LA 201403193195 syarikat lori muatan batu itu iaitu Tashveen Trading selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 62 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

APAD menegaskan, dengan terbatalnya LA itu, syarikat tersebut tidak dibenarkan untuk mengendali atau mengadakan sebarang perkhidmatan menggunakan mana-mana kenderaan yang dilesenkan di bawah Lesen Pengendali Berkenaan.

Menurut APAD, hasil siasatan mendapati Tashveen Trading telah gagal mematuhi keperluan Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP).

Selain itu, APAD memberitahu, syarikat lori muatan batu itu juga telah gagal memastikan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) berfungsi dan telah tamat tempoh.

Pada masa sama, syarikat tersebut juga telah membawa muatan yang menyalahi jenis barang yang ditetapkan dalam permit kenderaan tersebut dan tidak mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“APAD melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penggantungan dan Pembatalan Lesen (JPPL) Bilangan 7 Tahun 2025 yang bersidang pada 29 Mei telah memutuskan bahawa Tashveen Trading gagal memenuhi syarat lesen yang diperuntukkan di bawah Seksyen 57(1)(b)(iii) dan Seksyen 58(1)(b).

“Tashveen Trading juga gagal memberikan akses kepada rekod sepertimana di bawah Seksyen 210(1)(a) Akta 715 serta melanggar Perkara 11, Perkara 22 dan Perkara 30 Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP) Kenderaan Barangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Pemandu lori nahas FRU tak mengaku sembunyi 2 ekor lembu curi

Mengulas lanjut, APAD menegaskan pendirian bahawa tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang menyebabkan kemalangan dan boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

“APAD juga ingin menasihatkan semua pengendali berlesen wajib mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini yang seterusnya boleh menyebabkan lesen dibatalkan.

“APAD sentiasa komited untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam darat yang holistik, cekap, efisien, selamat dan berdaya saing demi manfaat rakyat, selaras dengan Nilai Teras Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan dan Ihsan,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 8.50 pagi 13 Mei lalu, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam, Teluk Intan.

Pada 16 Mei lalu, Mahkamah Majistret Teluk Intan menetapkan jaminan RM6,000 terhadap Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, selepas dituduh memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, jika sabit kesalahan.

Dia gagal membayar ikat jamin itu menyebabkan tertuduh ditahan di lokap hingga pagi tadi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This