Sultan Pahang, Tengku Ampuan hargai sumbangan besar wartawan berpegang teguh prinsip kewartawanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah amat menghargai sumbangan besar para wartawan yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip kewartawanan yang beretika, berintegriti serta berani menyuarakan kebenaran.

Penghargaan sama turut dizahirkan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang, hari ini.

Baginda berdua turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) kepada seluruh warga media di Malaysia khususnya para wartawan di negeri Pahang.

“Dalam era ledakan maklumat yang serba pantas ini, peranan wartawan sebagai penyampai maklumat yang sahih, telus dan seimbang amat penting dalam membentuk masyarakat yang celik dan bertanggungjawab,” menurut hantaran tersebut.

Baginda berdua juga percaya bahawa wartawan bukan sahaja menjadi mata dan telinga rakyat tetapi juga penghubung antara pemerintah dengan rakyat dalam menyampaikan suara serta keperluan masyarakat.

“Di Pahang, peranan media dalam menyebarkan maklumat pembangunan, pendidikan, kebajikan serta pelbagai penulisan yang membina amatlah dihargai.

“Baginda berdua mendoakan agar semua wartawan terus diberikan kekuatan, kesihatan dan iltizam untuk meneruskan perjuangan suci ini demi kebaikan negeri dan negara,” katanya.

Baca artikel lain: HAWANA: Wartawan perlu terus bersemangat bantu majukan negara – Anwar

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bertujuan meraikan sumbangan pengamal media.

Majlis Prapelancaran sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada 3 Jun depan.

Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA 2025 akan diadakan pada 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan merasmikan sambutan berkenaan dengan anggaran kehadiran kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara.

HAWANA, yang memasuki edisi kelima tahun ini selepas penganjuran kali pertama pada 2018, adalah acara tahunan yang menghimpunkan pengamal media bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This