PELBAGAI bentuk bantuan telah digerakkan melalui pelan tindakan dan pendekatan menyeluruh bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan penduduk di Parlimen Sungai Buloh.
Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk Seri R. Ramanan berkata antara yang dilaksanakan adalah program bakul makanan asas, khidmat kesihatan percuma, baik pulih rumah, bantuan bencana, sokongan kepada rumah ibadat dan inisiatif pendidikan.
“Tugas seorang wakil rakyat bukan sekadar di Dewan Rakyat tetapi berada di tengah-tengah masyarakat, mendengar denyut nadi mereka dan bertindak secara langsung. Inilah tanggungjawab yang saya pikul di Sungai Buloh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Hospital UiTM Sungai Buloh menerusi kerjasama antara Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini.
Sumbangan berkenaan disalurkan di bawah inisiatif “Ikhlas Sungai Buloh” yang dilaksanakan dengan sokongan serta kerjasama melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SKM.
Baca artikel lain: Peningkatan hingga 60,000 kenderaan di LPT2 sempena cuti Aidiladha
Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata program CSR seperti itu perlu diteruskan bagi memastikan manfaatnya sampai kepada golongan yang memerlukan.
“Ia bukan sahaja meringankan beban pesakit, malah menjadi simbol solidariti kita terhadap usaha murni barisan hadapan,” katanya.
Pada majlis itu, Ramanan turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada petugas barisan hadapan perubatan sebagai tanda penghargaan serta sokongan moral kepada mereka.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

