Seorang rakyat Malaysia disahkan maut dalam tragedi feri karam di Selat Bali

Dari Penulis

SEORANG rakyat Malaysia disahkan antara tiga mangsa yang ditemukan maut dalam tragedi feri karam di Selat Bali, lewat malam 2 Julai lalu.

Mangsa dikenali sebagai Fauzey Awang, 55, ditemukan di perairan Pantai Perancak, Bali, kata Timbalan Operasi dan Kesiapsiagaan Agensi Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (BASARNAS), Eko Suyatno.

Ketiga-tiga mayat dibawa ke Hospital Blambangan di Banyuwangi, Jawa Timur untuk proses pengecaman oleh pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Polis Indonesia.

“Operasi SAR masih diteruskan bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang,” kata Eko dalam satu kenyataan.

Beliau berkata daripada 65 individu yang berada dalam feri KMP Tunu Pratama Jaya semasa kejadian, seramai 45 telah ditemukan setakat ini, dengan 30 orang terselamat dan 15 disahkan meninggal dunia.

Baca artikel lain: Karnival Kesenian Islam dan Malam Mahabbah Madani Parlimen Tambun sempena Maal Hijrah

Ketika kejadian, Fauzey berada dalam sebuah van pelancong yang turut berada dalam feri malang itu.

Difahamkan, beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai, Bali, selepas menaiki van itu dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika dihubungi Bernama memaklumkan mereka telah berhubung dengan waris mangsa di Malaysia bagi menyampaikan maklumat terkini serta akan menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

Menurut kedutaan, waris turut memaklumkan bahawa mereka akan berlepas ke Banyuwangi pada Jumaat bagi menguruskan urusan berkaitan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This