Pengerusi TH, Khairul Aming antara penerima anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SAMBUTAN Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M menamakan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain penerima bagi Anugerah Tokoh Perdana pada tahun ini.

Anugerah telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada majlis sambutan yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, hari ini.

Selain itu, pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menerima Anugerah Maulidur Rasul kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya.

Turut diberikan penghargaan adalah pelakon Angeline Tan atau nama Islam Ardini Angeline Tan apabila diumumkan penerima Anugerah Maulidur Rasul Kategori Saudara Baru Cemerlang (Mualaf).

Baca artikel lain: Guru-guru MRSM tak mampu laksana tugas warden – Pengerusi Mara

Penerima Anugerah Tokoh Perdana bakal menerima wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan, manakala bagi Anugerah Maulidur Rasul menerima wang tunai RM30,000, trofi dan sijil penghargaan.

Sementara itu, bagi kategori Agamawan/Kepimpinan Dakwah pula dianugerahkan kepada Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang.

Untuk Kategori Belia Harapan diberikan kepada Pegawai Khas (Hal Ehwal Islam) Timbalan Menteri Hal Ehwal Islam Sarawak, Dayang Nur’ Maisarrah Abang Abdul Razak.

Kategori Pengkarya/Inovator Kreatif menjadi milik Ketua Pegawai Eksekutuf Wau Animation, Muhammad Usamah Zaid Yasin, manakala Kategori Wira Negara dianugerahkan kepada Penolong Pesuruhjaya Bomba, Ismail Abdul Ghani.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This