ISU calon Perdana Menteri hanya relevan sekiranya Perikatan Nasional (PN) mencapai kemenangan besar dan layak menerajui Kerajaan Persekutuan, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Justeru, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PN berkata, Pas, Bersatu dan rakan sekutu mereka perlu memperkukuh muafakat antara satu sama lain bagi mencapai hasrat tersebut.
Katanya, permuafakatan itu perlu bermula dengan persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, yang dianggap sebagai ujian pertama PN sebelum ‘menuju’ ke Putrajaya.
“PN perlu terus mara dengan memperkukuh perjuangan dan strategi. Tidak perlu kita membuang masa melayan tohmahan musuh atau “spin” yang sengaja diperbesarkan.
“Isu calon Perdana Menteri hanya relevan sekiranya PN mencapai kemenangan besar dan layak menerajui kerajaan Persekutuan. Tidak perlu kita bersengkang mata atau memerah idea hanya untuk memenuhi agenda pihak lawan yang mahu melihat PN bertelagah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, perjalanan PN masih panjang memandangkan mereka hanya menang 73 kerusi Parlimen dan penguasaan di empat negeri.
Beliau juga mahu seluruh parti dalam PN untuk fokus menang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sebelum memikirkan isu calon Perdana Menteri.
“Walaupun bayangan Putrajaya sudah kelihatan, ia masih belum jelas. Seperti kata pepatah, ‘ternak dahulu kambing, kemudian barulah berbincang tentang pembahagian untung.’
“Kini Pas, Bersatu, Gerakan dan MIPP perlu terus bekerja sebagai satu pasukan — bukan menoleh ke belakang atau berbangga dengan pencapaian lalu. Musuh sudah tentu sedang merancang strategi, dan dengan kedudukan mereka sebagai kerajaan pusat, segala dana serta kemudahan akan digunakan sebaik mungkin untuk mempertahankan kuasa,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

