Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia melonjak AS$122.8 bilion

Dari Penulis

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$122.8 bilion pada 12 September daripada AS$122.7 billion pada 29 Ogos.

Menurut BNM, ia memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Jelasnya, komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (AS$109.2 bilion) selain kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dengan AS$1.3 bilion.

“Selain itu hak pengeluaran khas (SDR) dengan AS$5.9 bilion, emas (AS$4.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion),” jelas BNM dalam kenyataan.

BNM menambah, jumlah aset sebanyak RM628.30 bilion pula merangkumi emas dan pertukaran asing.

Ia jelasnya, termasuk rizab-rizab lain iaitu SDR (RM519.33 bilion); Kertas Kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM3.75 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM27.68 bilion); tanah, bangunan dan aset tetap lain (RM4.57 bilion) serta aset-aset lain (RM59.61 billion).

Katanya, salah satu penunjuk yang digunakan oleh bank untuk mengukur kecukupan rizab antarabangsa ialah liputan rizab bagi import tertangguh, yang disiarkan setiap dua minggu.

“Apabila ekonomi berkembangan dengan bahagian sektor perkhidmatan yang lebih besar, keadaan ini telah meningkatkan kepentingan import perkhidmatan dalam pengukuran kecukupan rizab.

“Dengan mengambil kira perkara ini dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, laporan rizab antarabangsa Malaysia ecara dwi mingguan pada masa hadapan akan merangkumi penunjuk tentang liputan rizab bagi import barangan dan perkhidmatan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This