Lelaki warga emas rentung kereta hangus terbakar di tebing Pantai Sungai Lurus

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

IDENTITI satu rangka manusia ditemukan rentung di dalam sebuah kereta yang hangus terbakar di tebing Pantai Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat dikenal pasti merupakan seorang lelaki warga emas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani memaklumkan, identiti rangka manusia itu dianggarkan berusia 72 tahun berdasarkan hasil siasatan awal berpandukan nombor pendaftaran kenderaan, keluarga dan jiran si mati.

Bagaimanapun, Shahrulanuar Mushaddat memaklumkan, pengesahan rasmi mengenai identiti rangka manusia itu hanya akan disahkan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Beliau berkata, anggota bertugas di Balai Polis Senggarang, Batu Pahat telah menerima maklumat kejadian kira-kira pukul 5.28 petang semalam.

Katanya, maklumat diperoleh daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Rengit itu menyatakan terdapat seorang mangsa berada dalam kereta yang rentung terbakar di kawasan tebing Pantai Sungai Lurus, Senggarang.

“Siasatan awal sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Batu Pahat bersama Pasukan Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor dan Balai Polis Senggarang mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan tebing Pantai Sungai Lurus.

Baca artikel lain: Lima buah kereta hangus terbakar depan rumah

“Kereta ditemui dalam keadaan rentung terbakar dan dipercayai terdapat satu rangka manusia turut rentung terbakar di tempat duduk pemandu dalam kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular satu video memaparkan sebuah kereta terbakar di tepi sebuah pantai dan terdapat seorang individu dalam kereta berkenaan.

Sementara itu, Shahrulanuar Mushaddat memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung tersebut ini untuk tampil membantu siasatan polis.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada Ketua Polis Balai Senggarang, Sub Inspektor Abriza Yaakub di talian 019-7275995 atau ke mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor 07-2212999 atau melalui Hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat 07-4343999,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This