Sasar 70,000 pengunjung, festival NFOS sedia tiga buah kereta untuk pengunjung bertuah

Dari Penulis

Buat julung kalinya, peminat dunia permotoran di utara tanah air dapat merasai kehangatan festival automotif paling gempak – Northern Festival Of Speed (NFOS).

Acara karnival permotoran terbesar ini dianjurkan oleh Northern Speedo & Choii Motorsports, dengan kerjasama PMH (Perniagaan Mazlan & Hashimah) sebagai penaja utama dan sokongan rakan-rakan penaja lain.

NFOS berlangsung dari 3 sehingga 5 Oktober (Jumaat hingga Ahad) bertempat di PICCA Butterworth, Pulau Pinang.

Bukan sekadar festival pameran kereta, ia turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya pertunjukan drift, aktiviti keluarga, jualan merchandise, malah konsert artis terkenal.

“Kami amat menyokong program anak muda serta merakyatkan program sebegini kepada semua golongan masyarakat yang meminati bidang automotif, sekali gus memupuk minat kepada semua generasi. Mereka juga dapat melihat koleksi kereta rare yang datang dari pelbagai tempat secara eksklusif.

“Kami sanggup berbelanja besar untuk menjadi penaja bagi menjayakan pesta automotif ini. Dalam masa yang sama, PMH juga turut membuka booth pameran dan jualan kereta-kereta import recond (terpakai) dari luar negara,” ujar Izwan Mazlan, Ketua Pegawai Eksekutif PMH selaku penaja utama.

Selain itu, PMH Motor turut membawa motosikal elektrik (EV) keluaran pengilang bumiputera iaitu model LION G1 GGR EV yang sedang melonjak naik permintaannya dalam pasaran di tapak pameran festival ini. Pengunjung berpeluang melihat dan memandu uji motosikal EV ini. Ia juga tanda sokongan terhadap usaha kerajaan ke arah memperluaskan penggunaan motosikal EV bagi menyahut saranan kerajaan ke arah mobiliti teknologi hijau.

“PICCA Pulau Pinang dipilih kerana keluasan tempatnya dan festival automotif ini turut mendapat sokongan pempengaruh seperti Motor Maniac, Bateriku, ESR dan ramai lagi. Ia juga menarik perhatian peminat kereta luar negara yang sanggup datang dari jauh, antaranya dari Thailand dan Singapura,” tambah Izwan.

Bukan itu saja, festival ini turut menyediakan tiga buah kereta sebagai hadiah untuk pemenang cabutan bertuah. Ia adalah sebuah Mercedes A Class model W177 berharga RM 200,000, selain Nissan 350Z dan Honda Civic FD.

“Hadiahnya amat bernilai kerana kita nak betul-betul gempak kali ini. Dengan hanya membayar tiket masuk sebanyak RM15.00, pengunjung bukan saja melihat pameran kereta yang unik, menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti limbo stance, 2 step competition, konsert dan permainan, malah boleh menyertai cabutan bertuah yang hadiahnya memang gempak. Tiga biji kereta kami sediakan untuk pemenang bertuah,” kata Izwan.

Jadi, untuk peminat permotoran terutama di sebelah utara tanah air, jangan lupa datang ke sini. Kemuncak Northern Festival Of Speed akan berlangsung pada hari Ahad di mana pemenang cabutan bertuah akan diumumkan pada hari terakhir tersebut.

Sementara itu, penganjur Faris Azri (Choii Motorsports) dan Muhammad Hadzimi, pengasas Northernspeedo berkata, pihaknya menyasarkan festival ini akan dihadiri lebih 70,000 pengunjung selama tiga hari acara berlangsung.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sushi King perkenal pengalaman yakiniku pertama seluruh Malaysia

SUSHI King kini memperluas pengalaman menjamu seleranya menerusi pelancaran pengalaman Yakiniku Sushi King serba baharu di semua cawangan seluruh...

More Articles Like This