Persidangan Pengurusan Tatatertib MINDEF kukuh kefahaman, kesedaran kerohanian

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERSIDANGAN Pengurusan Tatatertib Kementerian Pertahanan (MINDEF) Tahun 2025 yang dianjurkan semalam memperkukuh kefahaman dan kesedaran kerohanian mengenai kepentingan integriti serta tatakelola yang baik dalam kalangan warga kementerian itu.

MINDEF dalam kenyataan memaklumkan persidangan yang dianjurkan di Johor Bahru itu telah dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MINDEF, Roszanina Wahab.

Menurut MINDEF, Persidangan Pengurusan Tatatertib yang dianjurkan Unit Integriti MINDEF itu menghimpunkan seramai 32 orang pegawai tadbir awam kementerian itu dari seluruh negara.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MINDEF, Roszanina Wahab. GAMBAR: Ihsan MINDEF

“Sepanjang tahun ini, MINDEF telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkukuh budaya integriti dalam perkhidmatan awam.

Baca artikel lain: Mindef pantau perkembangan konflik Iran-Israel

“Antara inisiatif tersebut termasuk lah Program Pengukuhan Integriti dalam Perkhidmatan Awam; Program Smart Integriti serta Taklimat Pengurusan Tatatertib yang memberi tumpuan kepada peningkatan nilai etika dan akauntabiliti warga kerja pertahanan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, MINDEF memberitahu, kementerian itu turut menekankan kepentingan amalan peringatan berterusan kepada semua warga kerja agar sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

“Langkah ini diambil bagi mengelakkan sebarang pelanggaran tatatertib atau tindakan perundangan yang boleh menjejaskan imej serta integriti organisasi,” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Unit Integriti MINDEF, Ramli Hassan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This