Timbalan Pendakwa Raya tutup kes libat Farhash kerana tiada kesalahan dijumpai

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEPUTUSAN untuk menutup kes melibatkan ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador mengenai penerokaan mineral di Sabah dilakukan selepas tiada kesalahan dijumpai.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Malah, Azalina memaklumkan, tiada lesen telah dikeluarkan bagi keluasan 70,000 tanah dan tiada sebarang pertukaran hak milik tanah berlaku seperti didakwa.

Menurut Azalina, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes itu dan telah menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk penelitian.

“Justeru itu, berdasarkan perkara-perkara itu, tiada isu yang timbul atau pun wujud kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) atau undang-undang yang lain.

“Walau bagaimanapun, kes jenayah tidak seperti kes sivil, tidak tertakluk kepada had tempoh masa.

“Oleh itu, sekiranya terdapat perkembangan baharu pada masa akan datang, siasatan dan semakan lanjut terhadap kes ini masih boleh dijalankan,” katanya.

Baca artikel lain: Kes Farhash ditutup – Azam Baki

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai justifikasi dan alasan perundangan SPRM dalam menutup kes yang dikatakan skandal perlombongan Sabah mengaitkan Farhash seperti yang diumumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, baru-baru ini.

Pada 9 September lalu, SPRM mengesahkan siasatan ke atas Farhash berhubung penerokaan mineral di Sabah selesai dan ditutup.

Azam berkata, keputusan untuk menutup siasatan terbabit dibuat susulan Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada kes jenayah yang boleh dikenakan kepada mana-mana pihak.

Katanya, SPRM memanggil semua pihak yang berkaitan dan merekodkan keterangan, termasuk daripada Sabah Mineral Management dan kerajaan negeri.

Siasatan berhubung isu berkenaan timbul selepas terdapat dakwaan bahawa syarikat berkaitan Farhash mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk meneroka mineral di Sabah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This