Peluang kerja, jualan rahmah dan aktiviti keluarga tumpuan Karnival Zakat Selangor 2025

Dari Penulis

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengajak orang ramai memeriahkan Karnival Zakat Selangor 2025 yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 November di Dewan Raja Muda Musa di sini.

Menurut LZS, karnival berkenaan menampilkan lebih 150 pempamer merangkumi agensi kerajaan, syarikat swasta, pemain industri dan usahawan tempatan. Sepanjang tiga hari penganjuran, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat mengenai pelbagai inisiatif serta berinteraksi terus dengan LZS bagi memahami peranan dan program zakat yang dijalankan sepanjang tahun.

Tumpuan utama karnival pada tahun ini ialah penganjuran Karnival i-Kerjaya yang menawarkan lebih 1500 peluang pekerjaan daripada 20 majikan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan, perdagangan, automotif serta makanan dan minuman.

Peluang tersebut dibuka kepada semua pencari kerja, namun keutamaan diberikan kepada golongan asnaf fakir, miskin dan mualaf berdaftar bagi membantu mereka memperoleh pekerjaan lebih stabil serta seterusnya meningkatkan taraf hidup.

Selain peluang kerjaya, pelbagai aktiviti disusun bagi menarik kehadiran pengunjung termasuk sukaneka rakyat, Zakat Run, zon E-Sports serta VR Spot yang menawarkan pengalaman digital interaktif.

Pengunjung turut berpeluang menikmati Jualan Rahmah dan Food Festival yang menampilkan pelbagai pilihan makanan daripada trak makanan. Cabutan bertuah harian juga disediakan bagi memeriahkan lagi suasana karnival.

Karnival tahun ini turut menampilkan sesi Forum Perdana yang mengetengahkan perkongsian motivasi berkaitan kehidupan dan kekeluargaan dalam penyampaian santai. Turut menjadi tarikan ialah kemunculan maskot popular kanak-kanak Omar & Hana, selain Recycle Corner dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Karnival yang dibuka dari 9 pagi hingga 9 malam itu menghimpunkan pelbagai pengisian berbentuk pameran interaktif, program komuniti serta aktiviti kekeluargaan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Penganjuran tersebut merupakan usaha LZS meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan menunaikan zakat selain mengeratkan hubungan dengan komuniti dalam suasana santai dan inklusif.

Sebagai menghargai kehadiran pengunjung, LZS menyediakan cenderahati eksklusif bagi mereka yang mendaftar di lokasi karnival. Sempena Kempen Hujung Tahun, tiga buah motosikal turut ditawarkan sebagai hadiah istimewa kepada pengunjung bertuah.

Bagi memudahkan urusan berkaitan zakat, LZS turut membuka kaunter bancian asnaf, semakan bantuan serta perkhidmatan taksiran dan bayaran zakat sepanjang penganjuran.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Terbang Dah Biasa, Jom Belayar Pula! KrisFlyer Kini Tawarkan Penebusan ‘Miles’ Untuk Lebih 30,000 Itinerari Pelayaran Dunia

BERITA baik buat peminat percutian mewah dan pengumpul mata ganjaran! KrisFlyer, program ganjaran gaya hidup ikonik milik Singapore Airlines...

More Articles Like This