Ops Songsang: Wujud keperluan lihat semula perundangan aktiviti tak bermoral – Saifuddin

Dari Penulis

WUJUD keperluan untuk menyemak semula perundangan berkaitan aktiviti tidak bermoral, antaranya perbuatan luar tabii yang berleluasa di premis tertutup.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kelemahan peruntukan sedia ada menyebabkan proses reman tidak dapat dilanjutkan sekali gus membazirkan masa dan tenaga anggota bagi operasi serbuan.

“Saya sudah diberikan taklimat oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus. Bagi Ops Songsang ini, ia adalah operasi berskala besar membabitkan intipan dan perancangan yang memakan masa berbulan-bulan, tangkapan juga ramai.

“Oleh itu, Datuk Fadil bersedia mengangkat cadangan untuk melihat semula perundangan ini. Setelah meneliti peruntukan semasa melibatkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atau Kanun Keseksaan, ternyata ia tidak memadai.

“Risau perkara ini berlarutan, iaitu kami (pihak berkuasa) buat tangkapan, kemudian mahkamah tidak benarkan reman dilanjutkan,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Baca artikel lain: Polis kenal pasti individu sebabkan kematian Syamsul Haris

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Simposium IPCC 2025 pada Selasa.

Tambahnya, keperincian pindaan perundangan itu akan dikongsikan setelah penelitian sewajarnya dibuat melibatkan pelbagai aspek.

Sebelum ini, polis menahan 171 lelaki warga tempatan dalam serbuan aktiviti tidak bermoral (Ops Songsang) di Chow Kit pada Sabtu.

Namun siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan tidak dapat diteruskan kerana kekurangan bukti untuk meneruskan pendakwan, iaitu tiada sesiapa mengaku sebagai mangsa.

Tambah Saifuddin, kesemua mereka yang ditahan dan dilepaskan itu boleh dipanggil semula bagi membantu melengkapkan siasatan.

“Maklumat identiti (profile) mereka semua kami simpan dan siasatan masih diteruskan, kami tidak akan berhenti,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This