Fad Bocey, Sharif Zero & Danial Zaini warnai Selangor Havoc Raya Fest 2.0, festival 96 jam tanpa henti!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BAHANG Aidilfitri bakal dirasai lebih awal apabila Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 kembali dengan skala lebih besar dan konsep lebih meriah, berlangsung selama 96 jam tanpa henti dari 12 hingga 16 Mac 2026 di Hall 1 & 2, Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam.

Festival jualan dan gaya hidup bertemakan Aidilfitri ini dianjurkan oleh Havoc Event & Management Sdn. Bhd., penganjur tempatan yang cukup berpengalaman dalam mengendalikan karnival berskala besar di Malaysia dan Brunei.

Penganjuran edisi kedua ini turut mendapat sokongan dan kerjasama Pejabat Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, selaras dengan aspirasi memperkasa usahawan tempatan serta merancakkan ekonomi komuniti negeri.

Majlis pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor iaitu  Mohd Najwan Halimi,, sekali gus menandakan permulaan kepada festival yang dinanti-nantikan ramai.

Mengangkat tema Havoc-nya Raya di Kampung, festival ini menggabungkan elemen tradisional dan moden bagi mencipta suasana Aidilfitri yang penuh nostalgia, meriah serta mesra keluarga. 

Dengan penyertaan lebih 200 vendor, pengunjung bakal disajikan pelbagai pilihan barangan persiapan Raya, bazar berbuka puasa, jualan happy hour serta aktiviti interaktif untuk segenap lapisan masyarakat.

Kemeriahan festival ini turut diperkaya dengan persembahan pentas, kehadiran artis dan pempengaruh terkenal, aktiviti kanak-kanak serta pengisian rohani merangkumi program berbuka puasa, solat tarawih dan bersahur secara berjemaah. 

Lebih menarik, pengunjung yang berbelanja sepanjang festival berlangsung berpeluang menyertai Cabutan Bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah kereta, selain pelbagai hadiah menarik lain.

Sebagai antara tarikan utama, pihak penganjur turut mengumumkan barisan pengacara rasmi yang terdiri daripada Fad Bocey, Sharif Zero, Danial Zaini, serta gandingan Epul dan Talam. 

Kehadiran pelawak dan pengacara popular ini dijangka menambah elemen hiburan serta menceriakan suasana sepanjang 96 jam festival berlangsung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Datuk Muhammad Firdaus Nadxaman dan Faizul Mohd Yusof, penganjuran acara itu bertujuan menyediakan sebuah platform berimpak tinggi yang bukan sahaja memeriahkan sambutan Aidilfitri, malah memperkasa usahawan tempatan, mengukuhkan jaringan perniagaan dan menyokong pertumbuhan ekonomi komuniti secara mampan.

Tambah mereka, festival ini dirancang sebagai acara inklusif yang menghimpunkan elemen hiburan, keagamaan, kekeluargaan dan keusahawanan dalam satu pengalaman raya yang lengkap.

Orang ramai dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan dan menikmati pengalaman Aidilfitri yang lebih bermakna.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This