KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) meminta diberikan sedikit masa sebelum melengkapkan kajian menyeluruh bagi mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan kajian menyeluruh itu perlu dilakukan dengan teliti sebelum laporannya dibentangkan kepada Jemaah Menteri.
Beliau berkata, pendekatan baharu itu dilakukan setelah mendengar permintaan daripada ibu bapa untuk mengembalikan semula UPSR dan PT3.
Menurut Fadhlina, kajian tersebut dijangka dapat diselesaikan dalam tahun ini.
“Saya mohon berikan sedikit masa kerana kita sedang kaji dan mandat itu telah saya berikan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).
“Di peringkat KPM, kita sudah ada pandangan-pandangan itu dan akan buat kajian yang menyeluruh sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan selanjutnya.
“Kita akan beri penjelasan kepada masyarakat selepas kajian menyeluruh itu selesai,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau hari pertama pembukaan sekolah bagi kalendar akademik sesi 2026/2027 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent, Elmina, Shah Alam, pagi tadi.
Sebelum ini, Fadhlina dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 memaklumkan KPM akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan UPSR dan PT3.
Baca artikel lain: Bila UPSR, PMR dihapuskan. Apa yang anak-anak nak capai?
Sehubungan itu, KPM mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) untuk melaksanakan kajian berkenaan, tahun ini.
Ia selepas mengambil kira keluhan ramai ibu bapa berhuung pemansuhan UPSR serta PT3 masing-masing pada 2021 dan 2022.
Pada April 2021, Menteri Kanan Pendidikan ketika itu, Datuk Dr Radzi Jidin, dilaporkan berkata kerajaan memutuskan UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun itu.
Radzi dipetik berkata, keputusan memansuhkan UPSR dibuat hasil libat urus dengan pelbagai pihak sejak peperiksaan itu dibatalkan pada 2020 berikutan COVID-19.
Peperiksaan PT3 pula dibatalkan untuk tahun sama, sebelum dimansuhkan sepenuhnya pada 2022 dan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Bagaimanapun selepas beberapa tahun kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan, wujud desakan daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa supaya ia dikembalikan semula.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

