Warga emas maut motosikal ditunggangi hilang kawalan sebelum langgar lori

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pekan Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka kira-kira pukul 7.30 petang tadi semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Ahmad Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati lori dan motosikal tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Pekan Durian Tunggal menuju ke Bukit Tambun.

Jelasnya, motosikal ditunggangi oleh seorang lelaki berusia 69 tahun itu kemudian dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian sebelah kiri lori tersebut.

Baca artikel lain: Eksport Malaysia jana RM45.4 bilion pada 2025 – PM

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian dada disyaki serangan jantung dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu lori, seorang lelaki 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa telah dibawa ke unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-538 2353 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 disiarkan RTM, UnifiTV

KESEMUA 104 perlawanan Piala Dunia 2026 boleh ditonton di UnifiTV dan saluran-saluran utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di platform...

More Articles Like This