14,858 pemastautin cukai dengan jumlah kewangan luar negara lebih RM10 bilion tak kemuka pelaporan – LHDN

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan jumlah keseluruhan baki akaun kewangan luar negara melebihi RM10 bilion dikenal pasti tidak mengemukakan pelaporan cukai melalui Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan memaklumkan, dapatan itu diperoleh menerusi kerjasama dengan lebih 100 negara melalui pertukaran maklumat akaun kewangan antarabangsa untuk mengenal pasti potensi ketidakpatuhan terutama pendapatan dan aset di luar negara.

Menurut LHDN, usaha itu bagi memastikan pematuhan cukai serta menangani isu pelarian cukai rentas sempadan.

“Akaun kewangan luar negara dengan baki yang signifikan berkenaan turut melibatkan beberana negara seperti Luxembourg, Hong Kong, Guernsey, Cayman Island, Bahamas dan Bermuda.

“Sehubungan itu, LHDN telah menghantar peringatan kepada pemastautin cukai berkenaan sebagai pendekatan galakan pematuhan secara sukarela.

“Di samping itu, LHDN turut memberi ruang untuk membuat semakan dan pengisytiharan pendapatan sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: LHDN bongkar ketidakpatuhan cukai melibatkan kartel jual beli kenderaan mewah

LHDN galak tampil secara sukarela

Mengulas lanjut, LHDN menegaskan pemastautin cukai Malaysia yang mempunyai pendapatan belum dilaporkan dan akaun kewangan luar negara daripada sumber pendapatan yang sepatutnya dikenakan cukai di Malaysia digalakkan untuk tampil secara sukarela dalam tempoh terdekat.

Katanya, ia bagi membuat pelaporan dan pematuhan yang sewajarnya sekali gus mengelakkan penalti serta tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

“LHDN kekal teguh dalam menjalankan mandatnya mengikut kerangka perundangan negara, menjunjung prinsip keadilan, ketelusan dan profesionalisme dalam setiap tindakan.

“Dengan pendekatan berstrategi dan kerjasama semua pihak, LHDN akan terus memperkukuh tadbir urus percukaian negara demi kepentingan rakyat dan pembangunan negara,” katanya.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas mengenai perkara itu boleh hubungi LHDN contact centre menerusi talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (luar negara), LHDN live chat dan borang maklum balas menerusi laman rasmi https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This