Kenderaan barangan dilarang beroperasi pada 14, 15, 21 dan 22 Februari – Loke

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

LARANGAN pemanduan kenderaan barangan akan dilaksanakan pada 14 Februari (Sabtu) hingga 15 Februari (Ahad) serta 21 Februari (Sabtu) hingga 22 Februari (Ahad).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu dilakukan bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan mengurangkan risiko kemalangan sepanjang musim perayaan.

Katanya, semua pengusaha dan pemandu kenderaan terlibat dinasihatkan agar mematuhi ketetapan ini serta merancang perjalanan lebih awal.

“MOT dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat, dan merancang perjalanan dengan baik.

“Sebarang aduan berkaitan kesalahan lalu lintas sepanjang musim perayaan boleh disalurkan melalui Aplikasi MyJPJ menerusi menu eAduan@JPJ atau emel [email protected],” katanya dalam kenyataan.

Baca juga: JPJ siasat video tular bas pink memotong di garisan berkembar

Mengulas lanjut, Loke berkata, Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina 2026 masih mengekalkan tema “Pandu Cermat, Sampai Selamat”.

Katanya, ia akan digerakkan melalui pelbagai pendekatan advokasi dan pendidikan keselamatan jalan raya melibatkan pameran, ceramah kesedaran, edaran bahan keselamatan serta kerjasama strategik bersama rakan agensi dan pihak media.

JADUAL LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BARANGAN SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA (TBC) 2026 14-15 DAN 21-22 FEBRUARI 2026

KATEGORIJENIS KENDERAAN BARANGAN YANG TERLIBATMASA
LARANGAN
11. Lori pembawa dan lori jongket yang berat dengan muatannya melebihi 7,500 kg, lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak, jentera berat beroda, (kecuali jentera berat beroda, trak tunda dan traktor yang digunakan bagi maksud operasi kecemasan dan menyelamat) dan traktor.

2. Lori pengangkut barangan simen, besi keluli, batu, pasir, tanah, bahan binaan yang lain, amang, bijih timah, aras batu dan bahan galian yang lain.
Sepanjang masa
21. Lori kontena yang mengangkut barangan (kecuali lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya).

2. Lori kargo yang mengangkut barangan elektronik atau elektrik atau bahan industri kimia dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya.

3. Lori yang mengangkut tandan buah kelapa sawit segar, produk kelapa sawit mentah, getah sekerap dan susu getah.

4. Lori kargo tanpa muatan
8.00 malam
hingga 8.00 pagi
31. Kren bergerak dan lori pembancuh simen.6.00 petang
hingga 6.00 pagi
dalam jarak 25
km dari tapak
pembinaan
tertakluk kepada
had masa
Jentera berat beroda dan kren bergerak adalah diberi pengecualian melaksanakan kerja-kerja kecemasan.

Mana-mana kenderaan barangan atau dengan jenis barangan yang tidak dinyatakan dalam jadual adalah dibenarkan menggunakan kenderaan dalam tempoh larangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This