Kolaborasi kedua D’Recond & Eddie Hamid hasilkan Kemarau Di Hujung Rindu

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS mencetuskan fenomena dengan lagu dialek Kelantan Demo Tok Jujur pada tahun lalu, kumpulan rock D’Recond Band kini kembali mengubati rindu peminat dengan naskhah terbaharu berjudul Kemarau Di Hujung Rindu.

Menariknya, single kali ini menyaksikan D’Recond kembali menggunakan khidmat komposer prolifik, Eddie Hamid, sekali gus mengukuhkan lagi hubungan antara mereka yang sudah dianggap seperti anak didik kepada komposer tersebut.

Jika sebelum ini mereka tampil dengan identiti kenegerian, kali ini band yang dianggotai oleh Farid (vokalis), Izzue (gitar utama), Azrar (gitar kedua), Ayie (bes), Mael (dram) dan Zafuan (keyboard) memilih untuk mengangkat semula genre rock kapak.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya Zurita Mat Suta, pemilihan genre ini adalah satu keputusan organik kerana ia merupakan identiti asal band tersebut sejak mula bertapak dalam industri pada 2008.

“Irama rock kapak adalah sebahagian daripada identiti D’Recond. Kami membesar dengan muzik era 90-an, dan genre ini masih relevan kerana kejujuran emosi serta kekuatan melodinya. 

“Kami ingin menghidupkan kembali rasa itu, tetapi dengan sentuhan dan kematangan muzik masa kini. Disebabkan kami mempunyai hubungan yang baik dengan Eddie Hamid selepas bekerjasama untuk lagu ‘Demo Tok Jujur’.

“Sebenarnya ia datang secara semula jadi. Selepas ‘Demo Tok Jujur’, hubungan kerja kami dengan Eddie Hamid masih sangat baik. D’Recond lebih kurang seperti anak didiknya.

“Kami saling percaya dari segi hala tuju muzik dan keserasian itu membuatkan kedua-dua pihak rasa sudah tiba masanya untuk bekerjasama semula bagi menghasilkan karya baharu yang lebih matang,” katanya.

Lagu ini bukan sekadar sebuah lagu cinta, sebaliknya membawa tema kehilangan yang lebih luas dan mendalam. 

Antara fakta menarik mengenai pembikinan single tersebut adala sentuhan melodi yang mendapat kolaborasi antara Eddie Hamid sekaligus menyumbang idea asas melodi, manakala Izzue memperkemaskan struktur serta emosi lagu.

Sentuhan lirik yang berjiwa pula dihasilkan oleh gabungan empat penulis lirik iaitu Bahron ZM, Hakim Hakimi, Maju dan Rumie. 

Ia merangkumi tema kehilangan kekasih, ibu bapa, mahupun anak. Manakala, proses rakaman pula dijalankan di K-Seventh Studio, di mana band ini memberikan penekanan khusus kepada penghayatan vokal bagi memastikan setiap bait lirik sampai ke hati pendengar.

Sementara itu, Eddie menyatakan keyakinan tinggi terhadap kemampuan vokalis D’Recond, Farid, dalam menggalas tanggungjawab mendendangkan lagu bergenre rock kapak ini.

“Sebagai vokalis, Farid mampu mendendangkan lagu rock kapak dengan baik. 

“Saya yakin lagu yang dekat dengan jiwa sebegini mampu menjadi karya yang malar segar, bukan sekadar popular untuk jangka masa yang singkat,” ujarnya.

Kemarau Di Hujung Rindu diterbitkan dan diedarkan oleh Aries Music. Video lirik rasmi telah mula menemui peminat di saluran YouTube Aries Music sejak 25 Januari  lalu.

Peminat muzik kini boleh mendengar single ini di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify dan YouTube Music.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This