Gangguan teknikal sebabkan LRT Laluan Kelana Jaya alami kelewatan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERKHIDMATAN tren di transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan akibat gangguan teknikal.

Perkara itu dimaklumkan Rapid KL dalam hantaran di Facebook, sebentar tadi.

Menurut Rapid KL, perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan susulan gangguan teknikal melibatkan LRT Laluan Kelana Jaya dari Stesen Gombak ke KLCC.

Katanya, tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Masjid Jamek.

“Tren perantara disediakan dari Masjid Jamek dan KLCC.

Baca artikel lain: Terus percaya pada Kerajaan Perpaduan agar projek LRT Pulau Pinang direalisasikan – Guan Eng

“Penumpang dari Gombak ke KLCC dinasihatkan untuk menaiki pengangkutan alternatif untuk sampai ke destinasi,” katanya dalam hantaran tersebut.

Rapid KL memberitahu, bas perantara juga disediakan bagi penumpang secara percuma.

“Perkhidmatan bas perantara disediakan bermula dari Stesen LRT Gombak sehingga ke Stesen LRT KLCC.

“Ikuti kami untuk kemas kini selanjutnya. Kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This